Friday, November 21, 2008

cerita org terbang

Pada 1911, seorang tukang jahit Perancis bernama Teichelt telah mencipta satu pakaian yang sangat inovatif dan unik. Pakaian itu berbentuk sayap kelawar yang menurut Teichelt direka khas untuk membolehkannya terbang seperti burung. Untuk membolehkannya terbang, Teichelt meminta kebenaran untuk terjun (terbang!) dari Menara Eiffel. Bagaimanapun, pemilik menara berkenaan enggan memberikan kebenaran, sebaliknya menyuruh Teichelt mendapatkan kebenaran daripada polis terlebih dahulu. Dia yakin polis tidak akan memberikan kebenaran kepada lelaki tersebut untuk meneruskan kerja gilanya itu.Tapi sangkaanya meleset. Teichlet datang kepadanya semula dengan surat kebenaran polis. Mahu tidak mahu pemilik Menara Eiffel terpaksa meluluskan permohonannya. Pada pukul 8 pagi di bulan Disember 1911, dalam suhu yang dingin, Teichelt memanjat ke platform pertama menara berkenaan. Di bawah menara tersebut berkumpul orang ramai dan wartawan serta jurugambar yang datang untuk menyaksikan kehebatan lelaki tersebut.Teichelt berdiri di platform, memandang ke bawah dengan yakin dan terus terjun. Beliau gagal terbang sepertti burung, tetapi mati akibat kecederaan yang parah.

0 comments:


Blogspot Template by Isnaini Dot Com Powered by Blogger and Local Jobs